Quest 2: Aku Bersyukur Atas Setiap Kurniaan
Ya Allah...
Terlalu banyak kurniaan daripadaMu dalam hidup ini.Aku memohon keampunan daripadaMU Ya Allah kerana pernah merasa hidup ini terlalu susah dan pernah juga ingin mengalah.
Kalaulah hidup ini umpama lukisan..mungkinkah lukisanku ini yang paling banyak coretan warnanya.Setiap detik yang melewati hidupku kini benar benar menginsafkan. Pernah dulu aku hidup di jurang yang paling dalam tetapi kini aku memerhati dari puncak yang tertinggi.Aku ingin menikmati setiap anugerah yang Kau kurniakan tanpa sangsi..Aku tidak pernah tahu hidup ini sampai bila namun dalam ruang yang terhad ini,biarlah ianya dipenuhi detik detik gembira yang tidak melekakan kerana walau di mana dan siapa pun aku...aku tetap seorang hamba..
Ya Allah..
Terima Kasih untuk keluarga yang memahami..
Terima Kasih untuk teman-teman yang menyayangi..
Terima Kasih untuk kehidupan yang penuh warna-warni..
Terima Kasih untuk setiap kurniaan yang diberi..
4 Comments:
Dan terima kasih juga kerana menjadi teman yang membawa warna-warna pelangi buat si Salji Putih =)
By Asma’ AB, At January 6, 2009 at 9:20 PM
blog cantik...slm kenal dari abeli http://tokjoro.blogspot.com
By Abeli Rosli, At January 7, 2009 at 12:41 AM
sebak tgk gmbr2 tu... dh lama x dgr kaba berita sume tsk2
By ishmahbihabie, At January 8, 2009 at 6:52 AM
kawan datang, kawan pergi,
memori hadir, takkan pergi.
kawan baik, dan jahat pun ada,
yang baik bawa ke syurga,
yang jahat, bawalah ia ke syurga juga.
kawan bukan segalanya,
tanpa kawan tak segalanya sempurna.
kawan hadir bukan boleh dipilih,
cuma kita yang mesti pandai memilih.
semoga blog ini lestari, jangan sirna,
jangan tersimpang arahnya,
jangan kelabu tujuannya..
salam,
sazlie
By Muhd Sazlie, At January 10, 2009 at 8:34 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home