Quest 16: Mengerti Perasaan Itu...
Sejak bergelar seorang guru praktikal, banyak sekali perubahan yang aku rasakan dalam hidup ini. Ucapan salam daripada anak-anak murid menjadi halwa telinga saban hari. Lebih-lebih lagi bila ucapan itu diterima saat di luar waktu sekolah..tatkala bertemu di pasar malam,atau di masjid ketika solat jumaat...lebih membuatkan aku terharu.. Saban waktu juga kenangan ketika sekolah dahulu silih berganti hadir dalam ruang ingatan.. Benar-benar mampu membuatkan aku tersenyum sendirian. Aku kini mengerti apa yang dirasakan oleh seorang guru apabila disapa oleh anak-anak muridnya. Lebih-lebih lagi walaupun sudah tidak lagi mengajarnya. Once a teacher,always a teacher. Hari ini juga kali pertama aku meraikan Hari Guru sebagai seorang guru secara rasminya. Seawal pagi lagi sudah menerima ucapan Selamat Hari Guru daripada teman-teman dan anak-anak didikku. Juga tidak lupa aku menitipkan ucapan buat guru-guruku yang tersayang dan teman-teman seperjuangan. Pagi tadi juga aku meneruskan tugasku sebagai seorang guru seperti biasa. Sebak rasa di dada apabila disambut dengan ucapan dan kata penghargaan daripada anak murid. Juga mereka sedaya upaya menyenangkan aku di hari ini. Isnin ini aku bakal pula merasakan pengalaman meraikan sambutan hari guru di sekolah...SEBAGAI SEORANG GURU.... Untuk guru-guru di seluruh dunia... SELAMAT HARI GURU buat semua...
"A GREAT TEACHER NEVER STRIVES TO EXPLAIN HIS VISION. HE SIMPLY INVITES YOU TO STAND BESIDE HIM AND SEE FOR YOURSELF
3 Comments:
hepi teacher's day bejay....
v(^_^)v...
By yatiHanuni, At May 17, 2009 at 12:40 AM
Salam Jay, Selamat Hari Guru. Sorry 4 being late. ehm.. kan aku da ckp..best bila jadi cekgu. jasa seorg guru, adalah jasa yg takkan dilupakan oleh sumer manusia... Tahniah Jay!!! aku yakin, hg akn mnjadi guru yg terbaik... AJA AJA JAY!!! (^_^)v
By luzclarita, At May 22, 2009 at 7:58 PM
ko ngajar skol mn nie jay..
By aimi nadiah, At May 25, 2009 at 6:52 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home