A Quest 4 Myself

Monday, March 16, 2009

Quest 12: Cerita Sang Rembulan




Betapa besar pengorbanan sang rembulan...Biarpun tanpa cahaya, ia berusaha untuk menerangi..Menahan teriknya panahan mentari...Asalkan ia mampu untuk menyinari..Di waktu malam yang paling gelap dan sunyi..



Kalaulah benar bulan itu menjadi saksi persahabatan ini, mana mungkin lagi ia dipanggil sebagai penyeri...Kerana apa yang tinggal sekadar memori luka, yang terlukis pada wajah bulan gerhana...
Mengharap dan bertanya...
Bilakah bahagia akan menjelma bersama purnama..

2 Comments:

  • Jay,
    keretapi masih berjalan, bergerak laju...
    sempat ke nak berkenal2an dgn setiap yang turun + naik?
    dek kerana melihat yang jauh, tanpa sedar, rupanya ada beberapa orang yang sentiasa di keliling kita, setia bersama. mungkin kerana destinasi yang sama?

    kalau ada kenalan yang ingin berhenti seketika di mana2 stesen, biarkan, mungkin bila ketemu, boleh kembali berkongsi cerita hidup yang lebih menarik ^_^

    tempikkan pada awan, 'tolong teduhkan sahabatku itu' ^_^

    [just mengomel tanpa tahu kepada siapa lolongan itu ditujukan :p]

    By Blogger Y, At March 17, 2009 at 10:46 PM  

  • terima kaseh..coretan yang indah

    By Anonymous Anonymous, At March 18, 2009 at 11:49 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home