A Quest 4 Myself

Friday, May 29, 2009

Quest 20: Wajah Langit


Sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Sementara membilang waktu untuk memulakan tugasan hari ini, aku sekadar merenung jauh ke luar tingkap,menatap langit yang dipenuhi kepulan awan,sinaran mentari yang mengintai-ngintai dan cuba memancarkan cahaya jingga yang indah(ibarat jaluran emas yang beruntaian sampai ke bumi)...memang pagi yang mengasyikkan..Hari ini juga bermulanya cuti sekolah untuk murid-murid di seluruh Malaysia, juga buat guru-guru.. dan aku pastinya tidak terkecuali. Namun kepala sendat memikirkan tentang kemestian untuk aku berpindah rumah, ditambah lagi kertas-kertas peperiksaan yang masih banyak belum ditanda..bercutikah aku? Malam tadi masih sempat ke sekolah, menjengok rakan-rakan dan anak-anak muridku yang masih di asrama bermain badminton. Hanya terluah di dalam hati... Walau aku gembira dengan hidup kini namun... Indahnya zaman persekolahan...
Aku menatap lagi ke dada langit pagi.. Dan kini ada titis hujan yang mula turun membasahi bumi... Secepat ini langit berubah wajah....dan aku?


2 Comments:

  • pindah rumah? di mana? bila? mengapa?

    By Blogger DeeN, At May 31, 2009 at 10:58 PM  

  • memang tak dapat nafi, sepahit mana zaman persekolahan tapi itu ler zaman yang paling best! huha sana sini... tak igt dh pe lagi yg dibuat masa tu uhu selamat marking exam ;)

    By Anonymous nabihah, At June 1, 2009 at 8:53 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home