A Quest 4 Myself

Monday, October 5, 2009

Quest 21: Di mana hati?



Diri masih di sini..Tapi di mana hati? Sekejap ia terbang di langit biru...di waktu yang lain ia hilang di dasar lautan. Dan seketika yang lain ia cuma menyepi sendiri...memerhati dari sudut yang paling jauh...Sesekali ia ingin sekali mendekati.Menjadi sebahagian daripada warna warni yang terlukis di kanvas langit kehidupan. Tapi ia takut andai warnanya mencemarkan indahnya lukisan. Palitan yang dilalui selama ini penuh dengan rona rona gelap dan malap. Tapi benarkah gelap itu satu kejahilan...atau sekadar satu sisi dalam kehidupan? Tanpa gelap yang terang tidak akan gemilang. Bila putih itu kebaikan dan hitam pula kejahatan...apakah pula kelabu,bila yang dua menjadi satu..

4 Comments:

  • hati itu Latifah Rabbaniah...wadah kepada letaknya Hidayah Allah...

    mugkin terlalu banyak interpretasi akan muncul bila bicarakan soal hati...

    tapi nak sajes buku2 yang ditulis oleh Ibnu Qayyim...try to find it..
    =)

    By Blogger taQi, At October 5, 2009 at 11:03 PM  

  • bejay...
    tetibe org rase sedey bile bejay dah nak konvo.... org rase bejay dah betol2 kuar uia... =(

    tapi maseh gembire! tahniah.....
    lanje!
    heheh

    By Blogger yatiHanuni, At October 6, 2009 at 2:05 AM  

  • Yang dicari sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan hati kan?

    Ramai orang mengejar itu dan ini, mengharap ketenangan dan kebahagiaan itu terisi setelah berjaya menggapai apa yang dikejarnya. Tapi, benarkah apa yang dikejar itu mampu mengisi hati yang kosong?

    'Ketenangan itu hadir dalam diri yang kuat mencintai Allah'

    Yakinlah~

    Bagaimana mahu bercinta dengan Allah? Start with wondering how great and unique we are as His best creation... Pandanglah dgn mata hati.. kerana terlalu banyak ayat2 cinta dari Allah yang bertanya "Adakah sama orang yang boleh melihat dengan orang yang buta? Adakah sama orang yang boleh mendengar dengan orang yang tuli?"

    ...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

    Selamat meraikan kemenangan kembali kepada fitrah~

    By Blogger Y, At October 6, 2009 at 5:47 AM  

  • trimas semua atas ingatan dan nasihat untuk menghadapi hari2 mendatang...

    By Anonymous jay, At October 6, 2009 at 11:05 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home